
Kota Kinabalu: Seorang kerani syarikat didakwa di Mahkamah di sini pada Selasa atas tuduhan menyeleweng wang tunai RM31,816 milik syarikat itu.
Azurawati Abdul Suili, 38, didakwa menyalahgunakan wang kepunyaan Global Transmission Service Centre untuk kegunaannya antara 10 Julai dan 17 Julai tahun ini di Industri Global Transmission Service Centre Industry Kolombong.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Azurawati, yang hadir di hadapan Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mahkamah menetapkan 24 Julai untuk pengakuan tertuduh dibawa ke hadapan majistret.
Sementara itu, seorang wanita berusia 21 tahun didakwa atas dua pertuduhan menipu sejumlah RM7,136.
Tiada pengakuan diambil daripada Tina, seorang suri rumah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Atas pertuduhan pertama, Tina didakwa menipu Raiziatul Raehana, 29, dengan memperdayanya bahawa Tina mahu menjual lima keping resit pajak gadai dan mendorongnya menyerahkan RM4,410 kepada Tina.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 7 Jun, jam 10.50 pagi, di hadapan sebuah kedai pajak gadai di Inanam.
Atas pertuduhan kedua, Tina didakwa menipu Norenah Ibrahim, 36, dengan memperdayanya bahawa Tina mahu menjual tiga keping resit pajak gadai dan mendorongnya menyerahkan RM2,726 kepadanya pada 17 Julai tahun ini, jam 11.30 pagi, di pekan Inanam.
Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga satu tahun hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Pengakuan Tina akan dibawa ke hadapan Majistret pada 24 Julai.
Sementara itu, seorang penganggur didakwa melakukan khianat dengan memotong kabel sepanjang 90 inci kepunyaan Telekom Malaysia Berhad.
Akmal Rizal Nasir, 20, didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 Julai, jam 12.20 pagi, di tepi jalan Taman Putera Perdana, Telipok.
Pertuduhan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah juga menetapkan 24 Julai untuk pengakuan Akmal direkodkan di hadapan Majistret.
Kesemua tertuduh diperintahkan untuk direman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.
Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


