Kerani firma guaman didakwa pecah amanah

12 Dec 2023 • 1:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.

Nur Atikah Razali, 32, didakwa melakukan pecah amanah wang yang diamanahkan kepadanya di firma guaman tersebut di Brickfields di sini, antara 14 Jan dan 21 April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mohon agar tertuduh diikat jamin RM15,000.

Nur Atikah, yang tidak diwakili peguam memohon jaminan tersebut dikurangkan.

Hakim Datin Sabariah Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved