“Kerap Datang Sini..” – Jennie BP Dilihat Keluar Makan Bersama Jungkook & Mingyu

Entertainment
23 Jul 2024 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Korang mesti tahu kan, setiap idola K-Pop ini memang tidak terlalu terbuka tentang kehidupan peribadi mereka.

Baru-baru ini, satu hantaran di laman Threads telah tular, mendakwa bahawa Jennie BLACKPINK dilihat keluar makan bersama Jung-kook BTS dan Min-gyu SEVENTEEN.

Menurut netizen yang memuat naik hantaran tersebut,

Saya datang ke restoran itu dan tanpa disangka-sangka, saya nampak autograf Jung-kook. Saya bertanya kepada kakitangan bila dia datang dan mereka kata lelaki itu kerap datang ke sini.

 

Post by @tyingw_ View on Threads

 

Sambungnya lagi dengan mendedahkan bahawa Jung-kook tidak keseorangan dan sebaliknya datang bersama Min-gyu dan juga Jennie,

Kakitangan berkata kali terakhir Jung-kook datang adalah sebelum dia masuk tentera dan dia datang dengan Min-gyu dan Jennie. Saya sangat terkejut bila mendengarnya sebab saya tak sangka Jung-kook dan Jennie kenal satu sama lain. Saya bertanya dengan kakitangan berkali-kali, ia kelakar.

Selepas hantaran itu tular, netizen rata-rata terkejut dengan hubungan rapat antara 3 idola itu, sehingga boleh keluar makan bersama. Antara komen yang ditulis,

  • Mestilah mereka kenal satu sama lain kan tapi tak tau pula rapat macam ni!
  • Terkejut!!
  • Kawan Jennie ni ada di mana-mana.

Bagaimanapun, masih tiada foto atau bukti kukuh yang dapat mengesahkan tentang dakwaan berkenaan.

Wuuu, 3 orang popular lepak sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved