Kerap makan ayam goreng, budak 12 tahun terpaksa jalani dialisis seumur hidup

17 Jun 2024 • 3:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Organ ginjal berfungsi menyaring dan membersihkan darah dari bahan buangan dan toksin melalui proses pembentukan air kencing.

Seorang doktor di Taiwan baru-baru ini mendedahkan satu kes yang mengejutkan di mana seorang pelajar sekolah rendah berusia 12 tahun yang gemar makan ayam goreng dan selalu membeli makanan kegemarannya itu selepas sekolah, terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Setiap hari beli ayam goreng

Doktor Nefrologi, Hong Yongxiang berkata, kanak-kanak lelaki itu selalu membeli ayam goreng menggunakan duit sakunya setiap kali selepas sekolah dan dalam masa setahun, dia dianggarkan telah makan lebih dari 200 ketul ayam goreng.

Menurut Hong, kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap glomerulonefritis kronik disebab pengambilan makanan yang mengandungi minyak dan garam yang tinggi seperti ayam goreng telah menyebabkan fungsi ginjalnya merosot dengan cepat.

Akibatnya, pada usia 12 tahun, dia terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Penggunaan minyak masak secara berulang kali

Jelas Hong, Ayam goreng bukan sahaja tinggi kalori, minyak yang digunakan secara berulang kali juga boleh menghasilkan pelbagai bahan berbahaya seperti hidrokarbon aromatik polisiklik, amina heterosiklik, akrilamida, dan logam berat, di mana semuanya boleh mendatangkan ancaman yang serius terhadap ginjal dan kesihatan.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa, bahan-bahan karsinogenik ini bukan sahaja merosakkan fungsi ginjal, tetai juga boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

Hong menekankan, kesihatan ginjal adalah sangat penting dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang mengandungi minyak yang tinggi, gula, garam dan kalori, terutamanya makanan yang diproses, logam berat dan plastik.