Kerap pengsan, usahawan tudung letak labu kundur di pejabat bagi serap aura negatif

LocalEntertainment
4 Jan 2025 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
usahawan tudung

Usahawan tudung letak labu kundur di pejabat sebagai inisiatif untuk menyerap aura negatif ataupun gangguan memandangkan dirinya kerap alami pengsan secara tiba-tiba.

Menerusi TikTok Haliza Maysuri, dia telah berkongsi momen sewaktu menunjukkan tempat-tempat dia meletakkan labu kundur itu sebagai petua dan ikhtiar mengelak dari sebarang perkara yang berniat jahat.

@halizamaysuri

“Syukur Alhamdulillah atas perlindungan Allah, setiap ujian ada hikmah. Amalkan doa, tawakal, dan usaha, insyaAllah kita dijauhkan dari segala keburukan. Ingat, Allah sebaik-baik penjaga.” “Ramai kenalan dan pelanggan saya tahu bahawa saya lama mengalami sakit. Setiap kali saya ke pejabat atau butik, saya akan pengsan. Namun, atas izin Allah, ada seorang hamba Allah yang memberi saya petua: letakkan labu kundur di bangunan tersebut. Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam. Alhamdulillah, semasa majlis ulang tahun HM baru-baru ini, saya dilindungi Allah sepanjang majlis. Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, selamat, dan meraikan pelanggan hingga selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diinginkan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut atas petua ini. Apa-apa pun, hanya Allah yang lebih mengetahui. Tapi nak kongsi juga selalu je ada belalang hijau ni di pejabat, atau di rumah saya, belalang apa pula labukundur buahkundur kundurdanmistik kundur

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) - howlingindicator

usahawan tudung letak labu kundur di beberapa tempat

Dalam video berkenaan, usahawan tersebut telah menunjukkan keadaan labu kundur yang diletakkan di beberapa tempat di bangunan syarikatnya yang sudah berkulat dan membusuk.

Ujarnya, petua tersebut diperoleh daripada seorang hamba Allah yang menyarankan dia meletakkan labu kundur di bangunan tersebut supaya ia dapat menyerap aura negatif.

“Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam,”tulisnya.

image is not available

Usahawan tudung letak labu kundur di syarikat, petua dari seorang hamba Allah

Dalam pada itu, dia menyatakan dirinya kini berada dalam keadaan sihat dan dapat meraikan ulan tahun syarikat dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini terjadi.

Susulan daripada itu, dia sangat bersyukur dengan kelancaran tersebut dan berterima kasih kepada hamba Allah berkenaan kerana memberikan petua terbabit kepadanya.

image is not available

Tapi ada belalang hijau pula di syarikat dan rumah usahawan tudung itu

Walau bagaimanapun, Haliza masih lagi musykil tentang kehadiran belalang hijau di syarikat dan juga kediamannya dan tertanya-tanya tentang jenis belalang terbabit

“Tapi nak kongsi juga selalu je ada belalang hijau ni di pejabat, atau di rumah saya, belalang apa pula,” tulisnya.

Ada yang pernah lakukan hal sama

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mengatakan buah labu ini boleh tahan berbulan-bulan selagi ia tidak dibelah.

Ada juga yang pernah melakukan hal sama dan terbukti berkesan serta menyuarakan kekesalan dengan sikap sesetengah pihak yang masih mempercayai perkara-perkara khurafat demi menjatuhkan seseorang.

image is not available

Seeloknya jangan ditularkan jika kita sakit

image is not available

Yang pernah alami situasi macam ni mesti faham

image is not available

Semoga Puan Haliza terus diberi kesihatan yang baik dan terlindung daripada niat buruk dari mana-mana pihak yang ingin menjatuhkannya.

Sumber: TikTok halizamaysuri