Kerentanan Android TV Menyebabkan Akaun Gmail Boleh Dirampas

TechnologyDigital
26 Apr 2024 • 9:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android TV ialah sistem operasi televisyen pintar yang semakin popular khususnya dalam bentuk dongel dan kotak TV mampu milik. Terdapat banyak aplikasi dan orang ramai mempunyai akaun Google untuk menggunakannya. Tetapi sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.

image is not available

Menurut video oleh Cameron Gray, Android TV tidak memerlukan pin bagi mengakses peti Gmail. Jika Chrome dipasang pada Android TV menggunakan APK dan kemudiannya pergi ke laman Gmail, secara automatik ia akan log masuk ke akaun Google yang digunakan pada TV.

Penggodam boleh menggunakan kerentanan ini untuk mengambil alih akaun Google dengan menghantar permintaan untuk menetapkan semula kata laluan. Google sudahpun menyedari kewujudan kerentanan ini dan sedang dalam proses menampalnya. Kepada pengguna Google TV pula, mereka tidak perlu risau kerana ia tidak berlaku pada peranti yang menggunakan versi sistem operasi. terkini.

Maka untuk seketika anda disarankan untuk tidak menggunakan akaun peribadi pada Android TV bukan milik anda seperti di rumah tumpangan atau Airibnb.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved