Kerentanan Google Fast Pair Dedahkan Ratusan Juta Aksesori Kepada Penggodam

TechnologyDigital
19 Jan 2026 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Fast Pair dilancarkan pada tahun 2017 untuk memudahkan aksesori audio dan jam tangan pintar ditambat kepada peranti Android. Ia mempunyai ciri tambatan pantas yang sama seperti di iOS. Tetapi penyelidik dari KU Leuven melaporkan penemuan kerentanan pada Fast Pair yang menyebabkan aksesori terdedah kepada intipan penggodam.

image is not available

Kerentanan yang diberi nama WhisperPair ini menyebabkan sebarang peranti penggodam ditambat kepada peranti milik pengguna tanpa disedari. Ini adalah kerana protokol keselamatan Fast Pair tidak digunakan dengan betul oleh pengeluar aksesori. Akibatnya bukan sahaja audio boleh diintip tetapi mikrofon juga boleh diaktifkan untuk mendengar perbualan dua hala.

Google sudahpun dimaklumkan mengenai kerentanan ini dan kemas kini tampalan sekuriti sudah diberikan oleh beberapa pengeluar. Namun begitu kerana ia memerlukan pengeluar aksesori memberikan kemas kini kepada perkakasan yang dikeluarkan dan ini akan mengambil masa.