Kerentanan Sekuriti Pada 364 Papan Induk Gigabyte Mendatangkan Risiko Kepada 7 Juta Pemilik

TechnologyDigital
1 Jun 2023 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekiranya anda menggunakan papan induk keluaran Gigabyte anda perlu membaca berita ini. Firma sekuriti Eclypsium menerbitkan laporan mereka menemukan kerentanan sekuriti dalam bentuk pintu belakang pada perisian firmware papan induk Gigabyte. Ini melibatkan 364 model papan induk Gigabyte dan mendatangkan risiko kepada lebih 7 juta pemiliknya.

image is not available

Kerentanan dalam bentuk UEFI bootkits yang dilancarkan apabila komputer dihidupkan semula. Ia kemudian akan kekal dalam BIOS yang membuatkan sistem komputer akan terus dijangkiti walaupun pemacu dipadam dan sistem operasi dipasang semula. Gigabyte telahpun dihubungi mengenai kerentanan ini. Tampalan firmware telahpun diberikan untuk menampal kerentanan.

Namun begitu tidak seperti tampalan sekuriti pada sistem operasi atau kemas kini pada perisian, ramai pengguna sering lalai mengemaskini firmware papan induk. Jika anda pemilik papan induk Gigabyte, sila kemas kini firmware pada kadar segera bagi mengelakkan diri menjadi mangsa serangan siber.

View Original Article