Kereta Api Dari Padang Besar Ke Hatyai Kembali Beroperasi Bermula 15 Julai Ini!

14 Jul 2022 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita baik untuk anda yang gemar melancong, kini KTM Berhad telah mengumumkan bahawa perkhidmatan kereta api tren shuttle dari Padang Besar ke Hatyai akan dibuka semula bermula 15 Julai ini.

Tiket pula hanya dijual dengan harga 50 Bhat (RM6-7) di Padang Besar dan ia mengambil masa sekitar 50 minit untuk sampai ke Hatyai.

Untuk makluman anda, KTM Berhad hanya menyediakan perkhidmatan tren sehingga stesen terakhir di Padang Besar. Untuk ke Hatyai, anda boleh membeli tiket di kaunter sempadan Padang Besar dan jangan tertinggal passport anda ya!

Anda boleh lihat jadual perjalanan antara Hatyai – Padang Besar seperti di bawah. Selain tren shuttle, anda juga boleh menaiki pilihan lain seperti bas, minivan atau teksi ke Hatyai.

image is not available

Sumber : KTM  

image is not available

Sumber : KTM  

Terkenal dengan syurga makanan, rancang perjalanan anda dengan sebaiknya ya!

image is not available 6 hari lalu

Teringin Nak Ke Manila? Ini Antara Perkara Wajib Pergi Bila Melancong Ke Sana!