Kereta api rempuh dua kenderaan

19 Aug 2022 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Toyota Vigo milik Jabatan Veterinar Sabah dan lori enam tan mengalami kerosakan selepas dirempuh kereta api di persimpangan lampu isyarat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini, Khamis.

Pemandu Vigo berusia 44 tahun dan pemandu lori berusia 38 tahun itu tidak mengalami cedera dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah, berkata kereta api itu bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu, manakala dua kenderaan itu menuju ke lapangan terbang dari arah Luyang. Lori yang turut terlibat dalam insiden itu.

Mohd Zaidi yang berada di tempat kejadian berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Sementara itu, penjaga pintu lintasan kereta api itu mendakwa pada awalnya mereka dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp bahawa kereta api itu tidak akan lalu petang itu kerana beberapa berdepan masalah.

Bagaimanapun, kereta api itu tiba-tiba muncul dan melanggar bahagian belakang lori sebelum melanggar pintu bahagian penumpang Vigo berkenaan.

Beberapa penumpang di dalam kereta api itu termasuk pemandu kereta api berusia 51 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.