Kereta api tergelincir langgar beruang

31 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta api tergelincir langgar beruang

HOKKAIDO – Sebuah kereta api  menuju bandar Wakkanai di utara wilayah  Hokkaido tergelincir selepas melanggar seekor beruang lewat semalam, demikian  menurut pengendalinya seperti laporan agensi berita Kyodo News.

Tiada kru atau 32 penumpang yang cedera, namun mereka terkandas selama tujuh jam ekoran kemalangan tersebut.

Kereta api ekspres  Sarobetsu empat gerabak itu tergelincir selepas pelanggaran berlaku  sekitar pukul 10.50 malam (waktu tempatan) di antara stesen Teshio-Nakagawa dan Toikambetsu, demikian menurut syarikat kereta api JR Hokkaido.

JR Hokkaido  membatalkan semua perkhidmatannya  di bahagian 130 kilometer antara Wakkanai dan Otoineppu  hari ini, manakala penumpang kereta api diangkut dengan teksi dari lokasi perlanggaran.

Menurut JR Hokkaido, bilangan kemalangan antara kereta api dan beruang kekal tinggi bersamaan sekitar 40 setahun sejak tiga tahun lalu sekali gus membimbangkan. BERNAMA/AGENSI 

 

The post Kereta api tergelincir langgar beruang appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved