Kereta CT-1 Boleh Menjadi Lebih “Kurus” Untuk Berjalan Di Lorong Yang Sempit

TechnologyDigitalCars
16 May 2023 • 5:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jalan yang boleh dilalui sesebuah kenderaan adalah berkadar terus dengan lebar kenderaan itu sendiri. Kereta Kancil boleh melalui denai yang sempit yang tidak boleh digunakan oleh sebuah lori. Tetapi kereta elektrik CT-1 (City Transformer 1) mempunyai kemampuan untuk menjadikan lebih pipih bagi membolehkannya melalui jalan yang lebih sempit di tengah-tengah kota.

image is not available

Keempat-empat tayar boleh dimasukkan ke dalam tubuh menjadikan lebar kenderaan hanya 1 meter. Ia dilengkapi dua motor elektrik 7.5 kW yang membolehkan ia mencapai kelajuan maksimum 90kmj. Bateri pula memberikan jarak perjalanan sehingga 180 km sekali caj. CT0-1 direka untuk kegunaan jarak pendek dalam bandar oleh itu prestasi tinggi tidak diperlukan.

image is not available

Ia boleh membawa dua penumpang sahaja tetapi kerana badannya yang “kurus” dalam mod pemanduan dalam bandar, ia boleh diletakkan di tempat simpanan motosikal. Seperti kereta elektrik lain ia mempunyai skrin untuk pemandu dan juga sistem info hibur. CT-1 akan dijual bermula 2024 pada harga 16,000 Euro (~RM79,000) sebuah.