Kereta Hadapan Lupa Buka Lampu, Ini Cara Mudah Untuk Alert Pemandu Secara Berhemah

12 Aug 2023 • 1:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tips untuk bantu kereta hadapan jika terlupa buka lampu kereta

Kereta Hadapan Lupa Buka Lampu, Ini Cara Mudah Untuk Alert Pemandu Secara Berhemah. Terbaharu, seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai cara berhemah untuk alert atau memberitahu kenderaan di hadapan sekiranya pemandu terlupa membuka lampu kereta.

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok itu, pastikan kereta belakang mengekal jarak selamat dengan kenderaan di hadapan. Selepas itu, pemandu kereta belakang mengelipkan lampu high beam sebanyak dua kali.

image is not available
Sumber: tiktok

Tutup beberapa saat, ulang semula untuk bagi ‘mesej’

Susulan itu, pemandu kereta belakang menutup lampu beberapa saat sebelum membukanya semula untuk pemandu hadapan tahu ‘mesej’ yang ingin disampaikan, iaitu dia terlupa membuka lampu keretanya.

Menurut sumber, TikTok tersebut menyatakan bahawa sekiranya pemandu hadapan masih tidak perasan ‘tanda’ tersebut, cuba untuk ulang langkah yang sama sehingga pemandu hadapan menyedari dia tidak membuka lampu kenderaannya.

image is not available
Sumber: tiktok

Difahamkan perkongsian individu tersebut meraih tontonan daripada orang ramai. Bukan itu sahaja, ramai yang mengakui sering terlupa untuk membuka lampu kereta dan hanya menyedarinya setelah sampai ke destinasi.

@driving4dummies

Kadang2 kita tak perasan untuk pasang lampu. Jom kita belajar cara nak tegur orang supaya dia pasang lampu dia! #roadsafety #malaysiandrivers #ethics #roadeducation

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Individu tersebut turut berharap agar tips tersebut akan membantu orang ramai bertindak dengan segera sekiranya kenderaan di hadapan terlupa buka lampu.

Baca juga artikel yang berkaitan: