Proton memulakan tahun 2026 dengan mengumumkan lebih dari 3000 Proton e.MAS 5 telah dihantar kepada pembeli pada bulan Januari lepas. Meneruskan lagi prestasi ini, Proton telah mengumumkan variasi seterusnya dalam keluarga e.MAS iaitu e.MAS 7 PHEV iaitu SUV berkuasa hibrid gabungan enjin petrol dan juga motor elektrik.
Proton e.MAS 7 PHEV ini merupakan SUV dalam segmen C, dan mempunyai saiz sama dengan e.MAS 7. Namun ia dibezakan menerusi rekaan lampu hadapan yang bersambung meliputi bonet hadapan. Rekaan belakangnya pula boleh dikatakan sama sahaja dengan Proton e.MAS 7 yang sedia ada.

Proton e.MAS 7 PHEV ditawarkan pada tiga varian iaitu Prime, Premium dan juga Premium Plus. Ketiga-tiga ini dibezakan menerusi spesifikasi dan juga kemasan. Varian Prime dan Premium berkongsi saiz bateri sebesar 18.4 kWh yang memberikan jarak perjalanan elektrik sejauh 105 KM NEDC dengan pengecasan DC 30kW manakala varian Premium Plus mempunyai bateri yang lebih besar iaitu 29.8 kWh yang memberikan jarak perjalanan elektrik sejauh 170KM NEDC dengan pengecasan DC 60 kW dan turut dilengkapi dengan bumbung lutcahaya.

Dari segi enjin petrol pula, ia menggunakan enjin yang sama untuk kesemua varian, iaitu enjin 1.5L yang menghasilkan 73 kW dan tork 125 Nm. Hasil gabungan ini membolehkan e.MAS 7 PHEV boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 1065km NEDC.
Berikut merupakan harga Proton e.MAS 7 PHEV mengikut spesifikasi, dan juga harga selepas rebat RM 4,000 untuk 5,000 tempahan pertama bermula hari ini.
- Versi: Harga asal / harga selepas rebat RM 4,000
- Prime: RM 109,800 / RM 105,800
- Premium: RM 123,800 / RM 119,800
- Premium Plus: RM 129,800 / RM 125,800
Jaminan selama 6 tahun tanpa had perbantuan, jaminan bateri dan komponen elektrik selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan. Pembeli juga anda turut menerima pakej insurans e.MAS bernilai RM 1,000. Bagi anda yang melakukan tukarbeli menerusi Carsome, rebat sebanyak RM 1,000 turut disediakan. Turut bersama adalah langganan internet 2GB sebulan selama 5 tahun bernilai RM 1,000 dan juga pengecas rumah 7kW bernilai RM 1,500. Kesemua faedah tawaran ini berjumlah RM 7,500.

Dengan pengumuman kereta hibrid pertama dari Proton ini pastinya kita boleh melihat perkembangan seterusnya dan juga penerimaan rakyat tempatan akan kereta hibrid yang kini lebih meluas digunakan di seluruh dunia, disamping memberikan sedikit sebanyak

