Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat

LocalCars
9 Sep 2024 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara serangan sawan, seorang lelaki yang memandu sebuah kereta Honda City

terjatuh bersama kenderaannya dari tingkat satu parkir di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban, semalam.

Mujur lelaki itu selamat dan hanya cedera di bahagian kepala.

Pengurus Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban, Mohd. Hafiz Talib berkata, pemandu berkenaan telah mengalami sawan dan seterusnya tidak dapat mengawal kenderaannya.

image is not available

“Kereta itu sepatutnya ke pintu keluar namun pemandu tertekan pedal minyak dan terus ke hadapan dan merempuh pagar dan terjunam.

“Terdapat sebuah kereta lain tanpa pemandu berada di bawah namun mengalami sedikit kerosakan di bahagian depan akibat kejadian berkenaan.