Kereta jatuh sungai, kanak-kanak dikhuatiri terperangkap

14 Dec 2022 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kanak-kanak dikhuatiri terperangkap selepas kenderaan dinaiki bersama ibu bapanya dikatakan terjunam ke dalam sungai di Jalan Sungai Korok, Jitra di sini pada Rabu. - Foto ihsan pembaca

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak dikhuatiri terperangkap dalam kereta selepas kenderaan dinaiki bersama ibu bapanya dikatakan terjatuh ke dalam sungai di Jalan Sungai Korok, Jitra di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, identiti mangsa berusia 12 tahun bagaimanapun belum dikenal pasti.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.23 petang berhubung kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Melalui maklumat awal diterima di lokasi, komander operasi mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terjatuh ke dalam sungai.

"Terdapat seorang kanak-kanak masih berada dalam kereta berkenaan manakala dua lagi mangsa dipercayai ibu bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau memberitahu, pasukan keluaran operasi (PKO) kini sedang membuat pencarian menggunakan teknik 'water surfaced' bagi mencari mangsa.

Sayani memberitahu, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) juga telah digerakan ke lokasi kejadian kereta terjatuh dalam sungai itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved