Kereta Kebal Berkuasa Sel Hidrogen Dibangunkan Korea Selatan

TechnologyDigitalCars
29 Oct 2024 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perang di masa hadapan akan dikuasai oleh dron dan juga kecerdasan buatan. Walaupun ramai melihat stiuasi di Ukraine sebagai petanda era kereta kebal utama (MBT) sudah berakhir, beberapa MBT generasi baharu telahpun dibangunkan oleh Amerika Syarikat, UK dan Jerman. Di Korea Selatan, Hyundai Rotem Co telah memperlihatkan rekaan MBT terkini yang menggunakan sel hidrogen.

image is not available

MBT Hyundai Rotem K3 ini akan dilengkapi meriam utama gerek licin 130mm, sistem pertahanan aktif, boleh beroperasi dengan sistem senjata dron lain dan dilengkapi dengan dronnya tersendiri. Sistem meriam juga akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan ketepatan tembakan.

image is not available

Maklumat lebih terperinci mengenai K3 masih lagi belum diumumkan cuma ia disasarkan akan memulakan operasi menjelang 2040 sekaligus menjadikannya MBT pertama dengan kuasa sel hidrogen. Penggunaan tren pemanduan hidrogen bukan sahaja akan menjadikan K3 lebih senyap ketika beroperasi tetapi juga sukar dikesan kerana tidak mempunyai jejak haba panas ketara yang menjadikan sasaran kepada sistem ATGM.

Pada ketika ini Hyundai Rotem akan membangunkan sistem pemanduan hibrid hidrogen dan diesel terlebih dahulu sebelum membangunkan enjin tren pemanduan sel hidrogen sepenuhnya.