Kereta Konsep Audi - SAIC Bakal Dideah Nov Ini

LocalTechnology
10 Sep 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kereta konsep elektrik yang dibangunkan oleh SAIC dan Audi adalah sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai baru-baru ini.

Rekaan itu akan dikeluarkan secara besar-besaran dan dijangka memasuki pasaran pada separuh kedua 2025.

Pengeluarannya pula akan dijalankan di kilang SAIC-Volkswagen di Anting, Shanghai.

Selepas itu, dalam tempoh 18 bulan selepas pelancaran kereta pertama, sebuah SUV dan sebuah sedan akan dilancarkan sekali gus menjadikan jumlah model baharu kepada tiga unit.

image is not available

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama model baharu itu akan menggunakan logo empat cincin Audi atau sebaliknya.

Laporan sebelum ini ada menyatakan bahawa pembuat kereta Jerman itu, bimbang tentang persepsi jenamanya.

Untuk itu, ia akan menyingkirkan logo empat cincinnya yang terkenal di China untuk rangkaian baharu kereta elektrik bateri yang akan memasuki bilik pameran menjelang 2030.