Kereta Konsep BWM i Vision Dee Boleh Berubah Ke 32 Warna Berbeza

TechnologyDigitalCars
9 Jan 2023 • 3:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di CES 2022,BMW iX Flow diperlihatkan dengan ia boleh berubah dari warna hitam ke putih atau sebaliknya dalam masa beberapa saat. Ini adalah kerana permukaan tubuh kenderaan dipenuhi ribuan panel e-ink. DI CES 2023, kenderaan konsep BMW i Vision Dee (Digital Emotional Experience) pula diumumkan.

Kali ini i Vision Dee boleh mengubah ke 32 warna berbeza dalam masa selip mata. Kali ini 240 panel e-ink berwarna digunakan bukan sahaja pada tubuh, tetapi juga pada bahagian penutup roda. Selain tubuh berubah warna yang futuristik, i Vision Dee juga dilengkapi sistem HUD yang dipancarkan ke skrin hadapan.

image is not available

Cermin kereta juga boleh memaparkan imej dan avatar khas yang akan berinteraksi dengan pemilik apabila mereka dikesan berhampiran. Tidak berakhir di sini, bahagian gril kenderaan yang ikonik turut boleh memaparkan grafik untuk berinteraksi dengan individu di luar.

image is not available

Keseluruhan BMW i Vision Dee masih sekadar konsep tetapi sistem HUD yang digunakan akan mula disertakan pada kenderaan keluaran mereka menjelang 2025.