Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...

21 Dec 2022 • 12:00 AM MYT
Loanstreet
Loanstreet

Malaysian personal finance-focused website that you’ll need in your life.

image is not available

Jadi, insurans apa yang cover banjir dan bencana yang lain?


Mengikut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ada tiga jenis insurans kenderaan yang biasa ditawarkan, iaitu: 
 

  • Perlindungan pihak ketiga
  • Perlindungan pihak ketiga bagi kebakaran dan kecurian
  • Perlindungan komprehensif
 

Selain tu, korang juga boleh dapatkan perlindungan tambahan, seperti dalam jadual di bawah yang diterjemahkan daripada PIAM:
 

Perlindungan Pihak KetigaPerlindungan Pihak Ketiga bagi Kebakaran dan KecurianPerlindungan KomprehensifPerlindungan tambahan ke atas Perlindungan Komprehensif
Juga dikenali sebagai Polisi Pihak KetigaJuga dikenali sebagai Polisi Pihak KeduaJuga dikenali sebagai Polisi Pihak PertamaBergantung kepada syarikat insurans dan juga bayaran premium lebih
Kematian atau kecederaan ke atas pihak lainKematian atau kecederaan ke atas pihak lainKematian atau kecederaan ke atas pihak lainPecah cermin hadapan (windshield)
Kerosakan ke atas harta benda pihak lainKerosakan ke atas harta benda pihak lainKerosakan ke atas harta benda pihak lainKerosakan yang disebabkan banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana yang lain
N/AKehilangan/kerosakan kepada kenderaan yang disebabkan kecurian atau kebakaranKehilangan/kerosakan kepada kenderaan yang disebabkan kecurian atau kebakaranKerosakan kepada kenderaan anda yang disebabkan Niat Jahat atau Rusuhan, Mogok atau Ketidaktenteraman Awam
N/AN/AKerosakan kepada kenderaan anda yang disebabkan kemalanganKemalangan Peribadi dan Manfaat Kesihatan kepada pemandu dan/atau penumpang
N/AN/AN/ALiabiliti kepada penumpang
N/AN/AN/ALiabiliti kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh penumpang

 

Macam yang korang baca kat atas tu, insurans hanya akan cover bila banjir, kalau korang langgan Perlindungan Komprehensif berserta perlindungan tambahan untuk bencana alam semula jadi. Pakej ni mungkin berlainan mengikut syarikat insurans, jadi pergilah check syarikat insurans masing-masing.
 

Contohnya, bagi perlindungan komprehensif dari Zurich yang dipanggil Zurich Z-Driver, ada dinyatakan perlindungan bagi banjir, ribut, dan taufan hanya bila korang dapatkan perlindungan tambahan. 
 

Perlindungan Komprehensif memang mahal gila berbanding yang lain, termasuklah kalau korang top-up dengan perlindungan tambahan. Tapi kalau korang jenis sayang kereta dan tinggal kat Selangor atau Kelantan (atau mana-mana tempat yang selalu banjirlah, jangan triggered eh), bolehlah ambil insurans ni kalau berkemampuan.


Berapa banyak kena bayar untuk perlindungan tambahan ni?


Kami call Etiqa kat hotline mereka, dan cara kira-kira dia senang je. Untuk dapatkan perlindungan tambahan cam untuk banjir, korang kena bayar sebanyak 0.5% daripada Sum Assured (had yang korang boleh claim) korang. Contohnya kalau sum assured korang, RM30,000, korang kena bayar RM150. Sekurang-kurangya, kalau jadi apa-apa kat kereta korang masa banjir, korang masih boleh claim tau. Dari total loss terus, kan?
 

Korang kena ingat tau, bila korang claim bencana semula jadi ni, korang kena claim juga di bawah Own Damage(OD). OD ni pula akan menyebabkan korang hilang hak No Claim Damage (NCD). Tapi apalah sangat dengan NCD korang tu nak dibandingkan dengan kereta korang yang ada potensi nak berrendam dalam air. Kalau korang masih lagi belum ada perlindungan tambahan untuk bencana alam, elok lah tambah sekarang.

Kalau korang tak pasti insurans mana yang ada offer perlindungan tambahan untuk bencana alam, meh tengok dekat page insurans kenderaan kami dan dapatkan sebut harga sekarang. Percuma je beb, tak rugi apa pun.

Mana yang bercadang nak beli insurans kenderaan jugak boleh settlekan terus kat page insurans tu - senang, jimat masa dan yang paling penting dapat lindungi kereta tersayang korang. Ingat, malang tak berbau. 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.