"Kereta Mainan Ni Patah, Nanti Atok Beli Lain..." - Gelagat PM Anwar Hulur RM50 Pujuk Budak Menangis Curi Perhatian

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 12:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Kereta Mainan Ni Patah, Nanti Atok Beli Lain..." - Gelagat PM Anwar Hulur RM50 Pujuk Budak Menangis Curi Perhatian

Bagi kanak-kanak, mainan kesayangan sememangnya cukup berharga. Jika rosak atau patah, bukan mudah untuk memujuk atau mengambil semula hati mereka.

Namun, seorang kanak-kanak mendapat perhatian daripada Perdana Menteri sendiri selepas kereta mainannya patah.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mendekati si kecil yang sedang menangis sebelum cuba menenangkan hatinya.

Gelagat PM Anwar Pujuk Kanak-Kanak Menangis

Gelagat spontan Anwar yang membahasakan dirinya sebagai “atok” ketika memujuk kanak-kanak berkenaan turut mencetuskan suasana mencuit hati.

Image from: "Kereta Mainan Ni Patah, Nanti Atok Beli Lain..." - Gelagat PM Anwar Hulur RM50 Pujuk Budak Menangis Curi Perhatian

Lebih menarik perhatian, beliau siap menghulurkan RM50 kepada si kecil itu untuk membeli kereta mainan baharu.

“Kereta mainan ni patah. Nanti atok beli lain. Mainan ni pegang, ini (serah RM50) nanti beli baharu yang lebih cantik, yang lagi besar okay,” katanya ketika memujuk kanak-kanak berkenaan.

Anwar dengan nada memujuk turut meminta si kecil itu memegang mainannya yang rosak sambil menawarkan wang untuk mendapatkan pengganti yang lebih cantik dan besar.

Momen tersebut memperlihatkan sisi yang jarang dilihat mengenai Perdana Menteri ketika melayani kanak-kanak, di sebalik kesibukan menjalankan tugasnya.

Bagi orang dewasa, mungkin sekadar sebuah kereta mainan yang patah. Namun, buat si kecil, perhatian dan pujukan seperti itu cukup bermakna ketika sedang bersedih.

Tindakan Itu Dipuji Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyokong tindakan itu dan menyifatkan ia satu sifat yang terpuji.

"Tiada kelas tiada pangkat hanya seorang Datuk yang tak sampai hati melihat anak kecil menangis," luah seorang pengguna.

"Ya Allah, what is this akhlak. Jelesnya tengok akhlak PMX dengan wife. The empathy, love, kindness, tenderness," komen seorang pengguna lain.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved