
Tuaran: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam 60 meter ke dalam gaung berhampiran simpang jalan Kampung Kiwoi di Kampung Bawang, Tamparuli di sini, Selasa.
Dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, mangsa dikenali Juliana Guntok, 42, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil itu dilaporkan selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.27 pagi.
Katanya, seramai 10 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa terperangkap dalam kenderaan dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa yang cedera di beberapa anggota badan diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans,” katanya.
Menurut Abdul Qawie, operasi ditamatkan pada 2.35 petang selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
