Kereta masuk laluan salah rempuh Honda City, gerai durian

LocalCars
26 Jul 2026 • 11:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta masuk laluan salah rempuh Honda City, gerai durian

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan lain dan terbabas sehingga merempuh sebuah gerai durian di Jalan Mergastua, Kepong Baru, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Corolla dan Honda City.

Menurutnya, Toyota Corolla terbabit dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun.

“Toyota Corolla dipercayai memasuki jalan salah sebelum terbabas ke kanan jalan lalu melanggar khemah sebuah gerai durian yang berada di bahu jalan.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu mahupun orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakam percakapan pemandu, mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta mengesan dan mencari saksi bebas bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO!

The post Kereta masuk laluan salah rempuh Honda City, gerai durian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved