Kereta masuk longkang akibat tebing runtuh di Pandan Indah

LocalCars
4 Nov 2024 • 7:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kejadian tebing runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah pada Isnin.

image is not available

image is not available

AMPANG - Sebuah kereta jatuh ke dalam longkang selepas tebing tanah di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah di sini runtuh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.35 pagi.

"Pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian

**media[2873314]**

"Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian merupakan parkir awam bersebelahan sebuah longkang besar," katanya dalam kenyataan pada Isnin

Mohd Azam berkata, sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di kawasan itu telah terjatuh ke dalam runtuhan tebing.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu, pemilik kereta telah dimaklumkan berkaitan kejadian tersebut.

**media[2873313]**

"Pihak berkuasa sedang menunggu analisis pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit," katanya.