Kereta Mercedes Benz C200 terbakar, pemandu selamat

LocalCars
22 Dec 2024 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah kereta jenis Mercedes Benz C200 yang terbakar di Kilometer 10 Jalan Bera - Mayam pada Ahad. Foto PDRM

BERA - Seorang lelaki berusia 39 tahun berdepan detik cemas apabila kereta jenis Mercedes Benz C200 dipandunya terbakar di tepi jalan Kilometer 10 Jalan Bera - Mayam di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira 12.45 pagi itu disedari selepas mangsa terhidu bau hangit melalui pendingin hawa.

Menurutnya, sejurus itu, mangsa terus berhenti di tepi jalan dan membuka bonet sebelum melihat api.

"Api itu terus merebak ke seluruh kereta berkenaan. Mangsa sempat meminta bantuan pengguna jalan raya sebelum menghubungi bomba," katanya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kemungkinan berlaku litar pintas dalam kereta tersebut yang menyebabkan berlakunya kebakaran.

"Anggaran kerugian belum dapat dipastikan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.