Kereta Pelawat ‘Selamba’ Halang Laluan Ambulans, Jururawat Terpaksa Jalan Jauh Usung Pesakit

28 Sep 2022 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan masih ramai lagi di kalangan masyarakat mempunyai sifat pentingkan diri serta ‘asal boleh’ hingga ada yang menyusahkan kerja orang lain.

Sifat seperti itu akan lebih menyusahkan pihak lain apabila individu berkenaan bersifat sedemikian di tempat awam.

Seperti video baru-baru ini yang tular di platform Twitter, ia memaparkan detik petugas hospital terpaksa berjalan jauh sambil mengusung pesakit dari ambulans ke wad kecemasan.

Hal ini terjadi kerana terdapat sebuah kereta Viva milik pelawat hospital berkenaan menghalang laluan masuk bagi ambulans.

Biarpun ada yang berpendapat barangkali pemilik kereta itu juga mempunyai hal kecemasan, tetapi seelok-eloknya dia meletak nombor telefon di kereta atau meninggalkan pesanan kepada pengawal di hospital itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Hospital Selayang dan sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut berkaitan hal terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

(VIDEO) "Ni Bukan Caranya.." - Tak Faham Minat Anak, Bapa Dikecam Bakar Koleksi Barang 'Kpop'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved