Kereta Rahmah, Harga MG5 Hanya DI BAWAH RM100K, Ada 1 Varian

LocalCars
22 Aug 2024 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasminya d MG5 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

MG5 yang cuma didatangkan dalam satu varian dianggarkan akan dijual di bawah RM100,000.

Menjengah bahagian luaran MG5, jentera ini kelihatan agak sporty dan agresif.

image is not available

Ia didatangkan dengan gril depan jenis 3D, ada bumbung panaromik, lampu nyalaan siang hari serta dipadankan dengan rim aloi Tomahawk bersaiz 17 inci.

Dari segi demensi, MG5 berukuran sepanjang 4,675 mm, selebar 1842, setinggi 1,480 mmm= manakala jarak roda pula 2,680 mm sekali gus menjadikan ia adalah antara sedan segmen-B paling lebar dan panjang.

image is not availableimage is not available

Melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia dihiasi dengan material upholsteri berwarna merah dan hitam, dilengkapi dengan skrin digital LCD bersaiz 7 -inci dan infotainmen jenis terapung bersaiz 10.25 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara kelengkapan lain ialah pandangan kamera 360 darjah, 6 speaker, 3-USB, penghawa dingin dengan penapis udara PM 2.5, ada juga penghawa dingin di bahagian belakang.

image is not availableimage is not available

Mengenai trenkuasanya, ia disumbat dengan enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 114 PS dab tork 150 Nm.

Bagaimanapun, jangan risau dengan ciri keselamatannya kerana ia cukup sarat dengan ciri keselamatan yang cukup canggih.

image is not available

Antaranya, Amaran Keluar Lorong, Bantuan Tukar Lorong, iPengesan Titik Buta, Amaran Pelanggaran Belakang, Amaran Lintasan Trafik , Sistem Brek Anti-Kunci, 6 beg udara dan sebenarnya ada banyak lagi.

MG5 didatangkan dengan pakej waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan, bersama waranti berasingan untuk unit rangkaian kuasa (enjin dan transmisi) selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan.

Ia didatangkan dalam lima pilihan warna: Nuclear Yellow, Dynamic Red, Arctic White , Black Pearl dan Camden Grey.

Untuk makluman anda, jentera ini sudah pun dibuka untuk tempahan.