Kereta Rosak Di Tangan Staf, Pusat Servis Proton Ganti Pintu Baru Siap Bagi ‘Full Bodykit’ [Video]

LocalCars
16 Jan 2026 • 11:33 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Syarikat Pengedar Sah Proton 4S, Regal Motors Holdings Sdn. Bhd. mengambil tanggungjawab sepenuhnya menggantikan dan membaiki kereta jenis Proton S70 milik pelanggannya yang tular di media sosial mengalami kerosakan sewaktu dihantar servis di sana.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok, Pengurus Perkhidmatan Regal Motors, Muhammad Afdhal yang turut mewakili pihak syarikat juga memohon maaf kepada pelanggan terbabit atas kejadian yang berlaku itu.

“Segalanya kita sudah baiki dengan baik dengan harapan encik (pemilik kereta) masih lagi mahu menyokong Regal Motors setelah kejadian ini terjadi,” katanya.

Pusat servis ganti pintu baru, baiki dan cat semula bahagian yang rosak

Syarikat terbabit telah menggantikan pintu kereta yang baru selain membaiki dan mengecat semula bahagian yang rosak akibat kejadian itu.

Dalam video tersebut, kelihatan pelanggan berkenaan memeriksa kenderaannya dan berpuas hati dengan tangggungjawab yang telah diambil oleh syarikat berkenaan.

Tidak hanya itu, wakil syarikat memaklumkan, pelanggan terbabit juga akan mendapat pengecualian segala kos servis bagi tahun ini.

Siap dapat bodykit penuh berharga sekitar RM3,000

Menurut Muhammad Afdhal, Regal Motors juga memberikan pelanggan terbabit set bodykit penuh Proton S70 yang berharga sekitar RM3,000.

Malah, syarikat itu turut menawarkan baik pulih secara percuma kepada pelanggan itu pada bahagian yang calar dan kemek sebelum kejadian berlaku secara percuma semasa pemasangan bodykit nanti.

Sementara itu, Regal Motors menerusi satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut telah disemak secara menyeluruh dan penambahbaikan dalaman telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi prosedur perkhidmatan serta piawaian keselamatan syarikat.

@protonregalmotors4sunway Official Statement and Apology Following a Widely Circulated Video At Proton Regal Motors 4S – Bandar Sunway, we place great importance on accountability and service quality. Following a viral video that was previously circulated social media involving a customer’s vehicle at our service centre, we would like to extend our sincerest apologies to the affected customer. All damages resulting from the incident have been fully rectified by our team, and the vehicle has been safely returned to the customer in proper condition. This matter has been thoroughly reviewed, and internal improvements have been implemented to further strengthen our service procedures and safety standards. Once again, we would like to express our apology to the customer and sincerely thank them for their patience, understanding, and support throughout the entire process. Thank you for your continued trust and support in Proton Regal Motors 4S – Bandar Sunway. — Proton Regal Motors 4S – Bandar Sunway #proton #protonregalmotorsbandarsunway ♬ original sound – Proton Regal Motors Sunway

Tular video Proton S70 rosak di tangan staf pusat servis

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara laju di dalam kawasan pusat servis sebelum terlanggar dinding bangunan ketika mengambil selekoh.

Kejadian itu menyebabkan Proton S70 terbabit mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian pintu penumpang belakang sebelah kiri.

Penularan video tersebut mendapat perhatian ramai di mana rata-rata netizen mengecam sikap pekerja pusat servis itu yang tidak berhati-hati semasa memandu kereta pelanggan.