
LAHAD DATU: Sebuah Perodua Viva mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok ketika ia diparkir di Jalan Keramat, di sini pada Khamis.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lahad Datu, Kapten (PA) Mohd Mahirun Sanaharin, berkata mereka menerima panggilan berhubung insiden itu jam 10 pagi melalui MERS999.
Sekumpulan anggota APM bergegas ke lokasi dan setibanya di tempat kejadian, pasukan itu bertemu pengadu yang memaklumkan kenderaannya dihempap pokok tumbang.
Pasukan tersebut terus memotong pokok tumbang itu dengan gergaji rantai sebelum membersihkan jalan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Dua mangsa dilaporkan selamat dalam kejadian itu,” katanya, sambil menambah, operasi tersebut ditamatkan jam 11 pagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


