Kereta suspek curi kabel terbabas langgar pokok selepas sejam dikejar polis

LocalCars
16 Nov 2025 • 9:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular memaparkan kejayaan polis memberkas suspek. Gambar kecil: Azahar

SEREMBAN – Selepas sejam cuba melarikan diri sejauh kira-kira 23 kilometer, geng curi kabel akhirnya tewas apabila kenderaan dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok berhampiran Kampung Kondok, Nilai.

Akibatnya, dua daripada lima penjenayah berjaya ditahan dalam kejadian pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta Honda Civic FD dalam keadaan mencurigakan di Jalan Seremban–Tampin kira-kira jam 1.30 petang.

“Polis meminta suspek memberhentikan kenderaan, namun tidak diendahkan dan terus memecut laju sehingga memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Senawang.

“Semasa suspek keluar daripada Tol Labu, kereta dinaiki mereka menghentam sebuah kereta lain dan turut melanggar kenderaan peronda (MPV) polis,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, polis terus mengejar suspek sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran Kampung Kondok sekitar jam 2.30 petang.

Tambahnya, lima suspek dilihat keluar daripada kenderaan terbabit dan cuba melarikan diri, namun dua daripada mereka berjaya ditahan.

"Siasatan mendapati suspek berusia 30-an masing-masing mempunyai 25 dan 35 rekod lampau.

"Saringan urin juga mengesahkan mereka positif methamphetamine selain dipercayai aktif mencuri kabel di sekitar Seremban dan Lembah Klang,” katanya

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel termasuk pemotong kabel, tukul besi, kuku kambing serta dua guni berisi tembaga yang telah dibakar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved