Kereta Terbabas Masuk Tasik, Pelajar PhD Maut, Rakan Terselamat

LocalCars
3 Dec 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) maut, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di dalam kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli,  Kelantan, semalam.

Mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang sempat keluar menyelamatkan diri kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Jeli.

image is not availableimage is not available

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kenderaan Perodua Axia melalui selekoh dan menuruni bukit.

"Kenderaan yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke dalam tasik.

"Rakan mangsa yang berada di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, manakala mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.