Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

LocalCars
29 Dec 2025 • 9:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableSeorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.Dikhabarkan, kereta yang dipandunya terbabas memasuki kawasan tapak pembinaan milik (TNB) manakala tayar keretanya tersangkut di sebuah lubang menyebabkan sebatang besi telah menembusi bahagian bawah tempat duduk pemandu sehingga menembusi bumbung kereta.image is not available Besi tersebut dikatakan menembusi bahagian bawah dagu sehingga ke kawasan hidung mangsa, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa, namun warga emas itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.