
KUNAK: Sebuah Proton Saga terbakar selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux di Jalan Kunak - Lahad Datu, pagi Rabu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi menerusi talian balai.
Katanya, sepasukan lima anggota yang diketuainya bersama komander operasi PBKII Rosman Gari, dengan jentera FRT dan kenderaan EMRS, bergerak ke lokasi yang terletak 30 kilometer dari balai.
“Ketika bomba tiba, kenderaan Proton Saga itu terbakar sepenuhnya,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Menurutnya, seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki Proton Saga itu cedera dan telah pun dikeluarkan oleh orang awam.
Mangsa cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS dan ambulans, manakala pemandu lelaki 4WD itu hanya cedera ringan.
“Operasi terkawal pada jam 11.15 pagi dan ditamatkan sepenuhnya jam 11.40 pagi,” katanya.
Pasukan Polis Trafik IPD Kunak turut berada di lokasi untuk menyiasat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

