Kereta terbang bakal dilancarkan di China tahun depan

TechnologyCars
11 Nov 2026 • 7:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kereta terbang bakal dilancarkan di China tahun depan

LISBON: Kereta terbang dijangka mula digunakan secara rasmi oleh pengguna di China seawal musim panas tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kereta terbang dari China, XPeng, Deli Zhao, memaklumkan kenderaan altitud rendah bernilai AS$300,000 (RM1.2 juta) itu sedia dimanfaatkan untuk kegunaan rekreasi di kawasan luar bandar serta perkhidmatan kecemasan pada separuh kedua 2027.

Pembangunan selama 10 tahun yang merangkumi ujian motosikal terbang di pangkalan syarikat di Guangzhou itu akhirnya mendapat kelulusan pihak berkuasa penerbangan awam China bagi penggunaan terhad.

Kenderaan yang mempunyai ruang kokpit seakan-akan saiz kereta Fiat 500 itu diangkat ke udara menggunakan enam kipas berkuasa bateri seperti dron, selain dikawal menerusi kayu randau ringkas.

Walaupun berkeupayaan terbang secara automatik ke destinasi yang diprogramkan, Zhao yang juga seorang juruterbang bertauliah mendakwa mampu mengajar sesiapa sahaja mengendalikan kenderaan berkenaan dalam tempoh lima minit sahaja.

Harga kenderaan terbaharu itu turut merangkumi sebuah van enam roda bersaiz Ford Transit, di mana struktur kenderaan terbang terbabit akan terkeluar dari bahagian belakang van berkenaan secara automatik.

Zhao mendedahkan ilham mereka bentuk kenderaan itu muncul daripada makhluk terbang dalam siri Harry Potter serta papan luncur terbang watak Green Goblin dalam komik Spider-Man.

Mengulas mengenai prototaip kenderaan terbang Tesla ciptaan Elon Musk, Zhao secara terbuka menyifatkan reka bentuk pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS) itu sekadar ‘melompat’ dan bukannya terbang secara fizikal di udara.

Kenderaan terbaharu XPeng berkeupayaan memecut sehingga ketinggian satu kilometer dari paras tanah, di samping mencatatkan jarak penerbangan sehingga 30 kilometer bagi setiap cas penuh bateri.

Pihak pengeluar merancang mempertingkat ketumpatan tenaga bateri kepada 400 kilowatt setiap kilogram dalam masa terdekat demi menggandakan jarak perjalanan kenderaan terbabit. -AGENSI

The post Kereta terbang bakal dilancarkan di China tahun depan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved