Kereta Terjatuh Ke Dalam Sungai, Seorang Lelaki Di Sabah Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anaknya

27 Mar 2023 • 7:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui lemas setelah cuba menyelamatkan anaknya daripada kereta yang terjatuh ke dalam sungai

Kereta Terjatuh Ke Dalam Sungai, Seorang Lelaki Di Sabah Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anaknya. Dilaporkan seorang lelaki berusia 40 tahun kehilangan nyawa ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya daripada kereta yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran Kampung Imbahan, Putatan.

image is not available
Kereta Terjatuh Ke Dalam Sungai, Seorang Lelaki Di Sabah Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anaknya

Kereta tiba-tiba bergerak ke arah sungai

Menurut laporan, insiden itu berlaku pada 26 Mac ketika mangsa sedang memancing di tebing sungai, dan kereta dinaikinya tiba-tiba ‘bergerak’ ke arah sungai dan kemudian terjatuh ke dalam sungai terbabit bersama anaknya, berusia lima tahun, di dalam.

Sebelum kejadian, difahamkan mangsa, dikenali sebagai Lasibi Lawadihu sedang memancing bersama anaknya menaiki kenderaan yang diletakkan dalam keadaan enjin dihidupkan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Kenderaan terbabit bergerak secara tiba-tiba dan terjatuh ke dalam sungai, menyebabkan mangsa terjun ke dalam air untuk cuba menyelamatkan anaknya. Walaupun mangsa berjaya mengeluarkan anaknya dari kereta, mangsa hilang di bawah air dan tidak dapat diselamatkan.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan terselamat dalam kejadian itu dengan bantuan seorang lelaki lain yang kebetulan berada di kawasan yang sama untuk memancing.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayatnya pada keesokan harinya menggunakan dron polis, dan mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Lagi di sini: