Kereta Terjunam Dalam Parit, 2 Lelaki Nyaris Maut Sempat Diselamatkan Bomba Di Bintulu

17 Sep 2022 • 6:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

2 nyaris maut kereta Vios menjunam ke dalam parit besar

Kereta Terjunam Dalam Parit, 2 Lelaki Nyaris Maut Sempat Diselamatkan Bomba Di Bintulu. Lagi-lagi kes kemalangan di Bintulu. Kali ini, kemalangan kendiri yang nyaris menyebabkan kemalangan maut 2 orang lelaki kerana kereta yang dipandu telah hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit.

Kejadian yang berlaku di Jalan Ahmad Zaidi awal pagi tersebut telah menyaksikan sebuah kereta model Toyota Vios putih meluncur laju menjunam ke dalam parit besar yang berhadapan dengan bangunan Times Square Gallery.

image is not available
Kereta Terjunam Dalam Parit, 2 Lelaki Nyaris Maut Sempat Diselamatkan Bomba Di Bintulu. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Kereta hilang kawalan, terbabas, menjunam dan berjaya diselamatkan

Difahamkan kereta yang dipandu oleh salah seorang mangsa tersebut bergerak dari arah pusat bandar telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam. Orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut dengan pantas telah melaporkan kepada pihak bomba.

Dengan kadar segera, pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah menghantar sepasukan anggota mereka untuk menyelamatkan mangsa. Menurut jurucakap pasukan Bravo BBP Bintulu, sejurus tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sememangnya terdapat sebuah kereta terjunam ke dalam parit besar tersebut.

Pihak bomba dengan tangkas mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan tangga dan alat pengusung sebelum diserahkan kepada Unit Ambulans Hospital Bintulu. Kedua-dua mangsa yang berusia 24 dan 27 tahun tersebut terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

image is not available
Sumber gambar: FB Borneo Network

Jika kita amati daripada video dibawah, seperti kereta Toyota Vios ini dipandu dengan kelajuan yang agak berbahaya. Bahkan, keadaan penghadang di tepi parit tersebut seperti kurang mengalami kerosakan. Apa-apa pun diharap orang ramai memandu dengan berhati-hati dan berhemah untuk keselamatan bersama.

Baca artikel berikutnya untuk isu kemalangan yang diakibatkan oleh kecuaian sendiri: