Kereta Terputus Dua, Anggota Polis Maut Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian

13 Mar 2023 • 11:13 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kereta hilang kawalan di Jalan Kuching-Serian

Kereta Terputus Dua, Anggota Polis Maut Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian. Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan di kilometer 42 Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.35 pagi itu, kereta Honda yang dipandu mangsa turut terputus dua.

image is not available
Kereta Terputus Dua, Anggota Polis Maut Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian. Kredit: Facebook

Mangsa berpangkat Konstabel

Katanya, mangsa dikenali sebagai Konstabel Mohd. Shamezad Mohd. Salehuddin, 28, dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

image is not available

“Siasatan mendapati kenderaan dipandu mangsa dari arah Kuching menuju ke Serian telah hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan dan seterusnya melanggar simen konkrit hujung Jambatan Sungai Samarahan.

Mangsa tercampak keluar

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tercampak keluar di tepi jalan atas Jambatan Sungai Samarahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

image is not available

Aswandy berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pamaredik Hospital Serian, manakala mayatnya kemudian dibawa ke hospital tersebut untuk dibedah siasat.

Beliau berkata semasa kejadian, keadaan cuaca hujan dan jalan basah serta licin.
Katanya, kes masih dalam siasatan dan disiasat dibawah sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca artikel terkini di sini: