Kereta viral kena tarik dilelong serendah RM2,000

LocalCars
5 Dec 2024 • 6:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah laman sesawang berkaitan lelongan kenderaan menyenaraikan kereta jenis Honda City tersebut untuk dibida.

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Oktober lalu.

SHAH ALAM - Kisah tular yang mendapat perhatian umum mengenai tindakan seorang wanita merosakkan kenderaan dengan sengaja sewaktu ditarik pada Oktober lalu kembali menjadi perbualan ramai.

Ia berikutan sebuah laman sesawang berkaitan lelongan kenderaan menyenaraikan kereta jenis Honda City tersebut untuk dibida.

Kereta berwarna hitam dan hijau lumut itu didapati telah dilelong dengan harga serendah RM2,000 sahaja.

Difahamkan, enjin atau sistem dalaman kereta terbabit masih berfungsi dengan baik meskipun luarannya telah hancur berkecai kerana dirosakkan.

Menurut portal itu juga, kereta pada tahun 2008 berkenaan dilelong di salah sebuah tempat di Subang, Selangor.

Sebelum ini, tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata.

Menerusi video berdurasi satu minit dan tiga saat itu, difahamkan wanita tersebut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati ada pihak cuba menarik keretanya.

Wanita berkenaan merosakkan bahagian kereta itu kerana ia merupakan hasil daripada duit pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta terbabit.

Kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak dibayar kepada pihak bank sewaktu ia ditarik.