
Kota Kinabalu: Sebuah lokomotif merempuh penghadang di hujung landasan dan dinding pagar Stsesen Sembulan akibat masalah brek pagi tadi, kata Menteri Kerjaraya Sabah Datuk Shahelmey Yahya.
Perkhidmatan keretapi yang terlibat adalah PU201 yang membawa penumpang daripada Beaufort ke Sembulan, terdiri daripada sebuah lokomotif dan empat buah gerabak penumpang, kata beliau dalam kenyataan media.
"Semasa menghampiri ke Stesen Sembulan, Jentera Lokomotif 7001 mengalami masalah teknikal, dimana sistem angin mengalami kerosakan dengan tiba-tiba menyebabkan sistem brek Jentera Lokomotif 7001 tidak dapat berfungsi dengan baik," katanya.
"Ini mengakibatkan jentera tersebut terpaksa merempuh penghadang (Bumper Stopper) di hujung landasan keretapi dan dinding pagar di Stesen Sembulan."
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
