
SHAH ALAM, 1 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh sejak pagi tadi.
Air Selangor berkata proses berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 10 malam ini dan bekalan air akan disalur kepada pengguna secara berperingkat.
“Kerja pembaikan ini menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 83 kawasan sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.
“Tempoh masa pemulihan air berbeza di setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Susulan itu Air Selangor berkata pihaknya menggerakkan lori tangki bagi menghantar bekalan air ke kawasan terjejas terutama premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Berikut merupakan kawasan yang dijangka terjejas:



The post Kerja baik pulih paip pecah siap malam ini, lori tangki digerak ke lokasi terjejas appeared first on Selangorkini.
