“Kerja Half Day, Cuti Banyak” – Gaji Pekerja ‘Gomen’ Naik, Individu Sindir Untung Jadi Cikgu

2 May 2024 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
cikgu naik gaji

Di aplikasi X, seorang individu dikecam gara-gara memuat naik sindiran kepada guru-guru selepas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji bermula Disember.

Dalam ciapan tersebut, individu ini berkata, sesiapa yang bekerja sebagai guru adalah sangat beruntung. Dia menuduh guru bekerja separuh hari sahaja dan boleh berehat di rumah pada waktu petang.

Malah katanya lagi, cikgu-cikgu mempunyai cuti tahunan yang banyak tidak termasuk Cuti Rehat Khas (CRK) selama 15 hari.

image is not available

Dia juga berang menyifatkan bayaran cukai yang dibuat oleh pekerja swasta digunakan untuk meningkatkan taraf ekonomi pekerja kerajaan.

image is not available

Terbaru, lelaki ini tampil dengan satu permohonan maaf berkata hantaran yang dibuat hanyalah ‘sarcasm’ kepada isu kenaikan gaji.

Individu tersebut mengaku dia juga merupakan seorang guru dan hantaran dibuat dengan niat bergurau namun telah disalaherti segelintir pihak.

Meninjau ke aplikasi X, akaun pengguna media sosial itu telah pun dinyahaktif selepas dikecam teruk orang ramai.

Terdahulu, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Kredit: X | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article