Kerja senggara aset loji air Sungai Rasa bermula ikut jadual

9 Aug 2022 • 10:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa dimulakan mengikut jadual jam 9 pagi hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangka pembaikan tersebut siap 9 malam ini dan bekalan air akan disalur berperingkat kepada pengguna.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” kata syarikat itu di Facebook.

Air Selangor turut menjangka bekalan air di semua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Senarai kawasan yang menerima air berperingkat-peringkat selepas bekalan distabilkan dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved