
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam menyambut baik cadangan Amanah Raya Berhad untuk berkolaborasi dengan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.
Beliau berkata, kerjasama itu melibatkan aspek pengurusan wasiat, hibah, literasi undang-undang harta pusaka dan pelbagai perkhidmatan yang menyamai peranan Baitumal.
Katanya, Amanah Raya Berhad turut memberi jaminan akan menawarkan perkhidmatan lebih cekap dan bayaran berpatutan dalam sebarang khidmat kepada masyarakat.
“Di peringkat awal ini, Amanah Raya Berhad akan dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri dan pada masa sama akan turut menggunakan kaedah lainnya bagi merealisasikan usaha ini.

