Kerjasama bangunkan umat Islam di Sabah

Politics
2 Apr 2023 • 9:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kunjungan hormat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah ke atas Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) baru-baru ini dijangka membina jambatan kerjasama di antara kedua pertubuhan itu dalam konteks pembangunan umat Islam di negeri tersebut.

Menurut Yang Dipertua Perkasa, Madsah Awang Aman berkata, kunjungan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan visi Perkasa kepada Usia.

“Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkenalan sesama pimpinan dan juga ingin memperkenalkan apa itu Perkasa kepada pimpinan Usia

“Perkasa Sabah dilancarkan pada 2010 dan dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Mohd. Said.

“Keahlian Perkasa di seluruh Sabah sudah melebihi 30,000 orang dan Sandakan merupakan daerah dengan ahli paling ramai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, Madsah menambah pihaknya mengalu-alukan sebarang kerjasama di antara pertubuhan tersebut dengan badan bukan kerajaan yang lain dalam usaha membangunkan dan mempertahankan kepentingan umat Islam di negeri ini

“Perkasa Sabah mencari rakan seperjuangan strategik untuk sama-sama membangunkan dan mempertahankan kepentingan umat Islam di Sabah.

“Perjuangan Perkasa mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukanlah bersifat perkauman semata-mata seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Perkasa juga bersedia berjumpa dengan mana-mana badan bukan kerajaan bagi menyusun strategi bersama untuk membantu umat Islam yang majoritinya miskin selain bagi menyuarakan isu-isu berkenaan umat Islam secara teliti, cermat serta berhemah,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.