Kerjasama berterusan tingkat prestasi bekalan elektrik

20 Jan 2024 • 11:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata menerusi kerjasama itu, kerajaan negeri antara lain akan melaksanakan setiap inisiatif yang dirangka berdasarkan kuasa kawal selia tersebut dengan sasaran ditetapkan dalam Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).

Menurutnya walaupun kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri telah diserahkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri, kerjasama itu tetap utuh dengan menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi kedua-dua pihak bagi memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan proses pengambilalihan kuasa kawal selia dengan lancar dan teratur,” katanya menerusi kenyataan di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Terdahulu, Hajiji yang mewakili Kerajaan Sabah menerima kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Kerajaan Persekutuan pada majlis simbolik penyerahan itu di Menara Kinabalu di sini, pada Jumaat.

Pada majlis sama, tujuh projek yang disiapkan tahun lepas bagi mengukuhkan bekalan elektrik di Sabah, diserahkan kerajaan Persekutuan kepada negeri melibatkan enam Pencawang Pembahagian Utama (PPU), dan Stesen Janakuasa Melawa di Sepanggar di sini.

Pada 3 Jan lepas, Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tiga rang undang-undang (RUU) berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia tenaga dan bekalan elektrik oleh kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan.

RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 dan RUU Bekalan Elektrik 2024 itu diluluskan dengan suara terbanyak.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam memudah cara dan memberikan sokongan bagi melaksanakan Pelan Transformasi SESB ke arah kemampanan syarikat utiliti tersebut.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) akan memastikan penglibatan secara langsung semua pihak berkepentingan di Sabah bagi memastikan isu semasa dapat ditangani dengan cara lebih berkesan dan mampan.

“Semoga semua usaha ini akan membawa Sabah ke tahap bekalan tenaga yang berdaya harap demi kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Dr Ching Thoo A/L Kim, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.