Kerjasama BN hadapi PRN tidak langgar asas pembentukan Kerajaan Perpaduan - Azalina

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerjasama BN hadapi PRN tidak langgar asas pembentukan Kerajaan Perpaduan - Azalina
Azalina

PUTRAJAYA - Kerjasama dan persefahaman yang dilakukan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak melanggar asas pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Penerangan UMNO itu berkata, pendekatan kerjasama politik di peringkat negeri perlu dilihat secara berasingan daripada kedudukan Kerajaan Perpaduan di pusat kerana setiap negeri mempunyai landskap politik, kepimpinan dan peruntukan perlembagaan yang berbeza.

"Saya melihat negeri dengan pusat berlainan sebab setiap negeri itu ada perlembagaan negeri sendiri. Ia ada kepimpinan negeri dan Sultan atau Raja mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di sini pada Isnin. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menggesa supaya BN menamatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat.

Azalina turut menegaskan bahawa BN akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat selaras ketetapan dibuat oleh pimpinan tinggi parti itu.

"(Ketetapan kekal diperingkat pusat) itu dinyatakan dalam banyak kenyataan media oleh kepimpinan parti saya, termasuk juga dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved