Kerjasama dengan DAP ‘susunan Allah’, ditakdir jadi rakan dalam kerajaan – Zahid Hamidi

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 11:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama dengan DAP bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah ‘susunan Allah’ bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau mengakui pernah melaungkan ‘No Anwar, No DAP’ di Perhimpunan Agung Umno (PAU) empat tahun lalu yang menunjukkan perseteruan dengan parti itu dahulu.

Kerjasama dengan DAP

image is not available

“Saya tiada masalah pun dengan DAP. Walaupun saya pernah laungkan ‘No Anwar, No DAP’ suatu masa dahulu, Allah sudah menyusun semuanya. Ditakdirkan kita menjadi rakan dalam kerajaan hari ini,” katanya.

Menjawab dakwaan terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO terhadap DAP, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan secara peribadinya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan parti itu.

“Hubungan saya dengan mereka baik. Malah DAP memberikan kerjasama penuh contohnya pada PRK Mahkota…sokongan mereka membolehkan calon UMNO memperoleh undi 20,000 majoriti,” ujarnya.

Artikel lain: Ahmad Zahid mahu tahu Dr Akmal ingin serang siapa? -“Saya akan jumpa beliau”

image is not available

Sementata itu, Zahid membidas tuduhan segelintir pihak yang mendakwa penyertaan DAP dalam kerajaan telah menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam terjejas.

Katanya, DAP hari ini menyokong sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf bahasa Melayu dan Islam sebagai bahasa serta agama rasmi negara.

Bahkan, hak Melayu dan Bumiputera juga tidak lagi dipersoalkan.

Sumber: Free Malaysia Today (Alfian Tahir)