Kerjasama industri, institusi pendidikan perlu untuk tingkat ekosistem TVET

LocalTechnology
11 Aug 2024 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Kerjasama antara industri dan institusi pendidikan dilihat perlu, khususnya di Sabah, dalam usaha mempertingkatkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, bagi mempersiapkan graduan dengan keperluan semasa industri, penglibatan industri dalam pelaksanaan pendidikan TVET amat diperlukan, khususnya dalam urusan pembinaan kurikulum, perkongsian kepakaran, penajaan latihan dan sumbangan peralatan.

“Hal ini selari dengan Hala Tuju KPT 2024 dalam Landasan Kesepuluh untuk menjalin kerjasama bermakna antara industri dan institusi pendidikan tinggi.