Kerjasama KBS, Yakeb jamin kebajikan bekas atlet kebangsaan

2 Oct 2023 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bekas atlet kebangsaan Sabah diberi jaminan kebajikan mereka akan dijaga berikutan kerjasama erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin memberi jaminan itu selepas merasmikan Yakeb Turun Padang 3.0 yang diadakan di Hotel Klagan di sini pada Jumaat lalu.

Sabah merupakan pembukaan jelajah Yakeb untuk mempromosikan program itu sebelum mereka meneruskan ke negeri lain.

Ellron percaya Yakeb memainkan peranan penting dalam membantu atlet yang telah banyak berkorban untuk negara dalam arena sukan untuk menjalani kehidupan yang selesa apabila mereka bersara.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau berikrar kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh demi tujuan yang baik itu.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Yakeb untuk membantu bekas atlet negara supaya sebarang bentuk bantuan atau dana dapat disalurkan terus kepada mereka, dan saya juga menyeru bekas atlet negara dari negeri ini untuk mendaftar dengan badan itu,” katanya.

Tambahnya, usaha Yakeb juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan kebajikan atletnya bermula seawal usia 14 tahun dengan memperkenalkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM50, yang dilancarkan oleh Kementerian pada awal tahun ini.

Sementara itu, Yakeb, yang diketuai oleh pengerusi Dato’ Dr Haji Noorul Ariffin Abdul Majeed, ketika ini mempunyai keahlian seramai 2,998 orang dan hanya 92 daripadanya berasal dari Sabah.

Yakeb sebelum itu menyumbangkan lima kerusi roda, tiga kepada Hospital Queen Elizabeth 1 dan dua kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Sabah.

Mereka turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 setiap seorang kepada bekas ahli bina badan Justine Sompong dan Haswadi Moliadi yang disampaikan oleh Ellron.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.