Kerjasama KPWKM, i-City Manfaat RM8.4 Juta Pupuk Semangat Kekeluargaan

Family & Parenting
29 Nov 2023 • 9:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui kerjasama awam-swasta program ESG i-City, menawarkan diskaun harga rendah pakej aktiviti keluarga semasa cuti sekolah sebagai usaha memupuk semangat kekeluargaan dalam masyarakat.

Difahamkan, tawaran diskaun harga rendah pakej aktiviti keluarga yang mencecah sehingga RM8.4 juta akan memberi manfaat 100,000 keluarga MADANI di negara ini.

image is not available

image is not available

Inisiatif ini memberi peluang untuk orang ramai memupuk ikatan keluargaan yang lebih erat dengan menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang ditawarkan di i-City termasuk di Immersive Winterland pada kadar subsidi bermula dari RM120 antara 1 Disember tahun ini hingga 31 Mac tahun depan.

Terdahulu, YB Nancy dalam ucapannya menyatakan bahawa proses mendidik anak-anak dalam era perkembangan teknologi yang pesat ini adalah sangat mencabar.

image is not available

Justeru, ibu bapa harus lebih peka dan cakna dengan memastikan pendekatan mendidik anak seiring dengan perkembangan zamannya.

“Inisiatif i-City melancarkan Immersive Winterland adalah seiring dengan trend semasa yang memanfaatkan teknologi dalam permainan dan pendidikan kanak-kanak yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan.

“KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa melaksanakan program-program untuk memperkukuhkan lagi institusi keluarga antaranya Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan pengawalan dan pemantauan pendedahan internet kepada anak-anak,” ujarnya.

image is not available

Orang ramai boleh dapatkan tiket dengan tawaran diskaun harga rendah ini di https://iticket.i-city.my.